Rabu, 4 November 2009

Latihan Kebakaran, Demonstrasi & Ceramah Bomba dan Penyelamat

4 Nov 2009 (Rabu)- Satu latihan kebakaran serta demonstrasi memadam api telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan Sekolah SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota. Aktiviti ini berlangsung di bawah pengawasan seramai 3 orang pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Perak. Objektif utama latihan kebakaran ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh manakah semua warga SK Dalarama bersedia menghadapi saat-saat kecemasan jika berlakunya kebakaran di sekolah. Selain daripada itu, pihak sekolah dan bomba juga berpeluang untuk melihat sama ada laluan-laluan kecemasan kebakaran yang telah disediakan sesuai ataupun perlu pengubahsuaian.





Selepas latihan kebakaran, para pelajar, guru-guru dan staf SK Dalarama telah diberi taklimat mengenai komponen-komponen alat pemadam api serta cara-cara menggunakan alat tersebut untuk memadamkan api. Dalam sesi ini, langkah dan peraturan diperjelaskan untuk menghadapi saat-saat kecemasan jika berlaku kebakaran.









Secara keseluruhannya, pihak bomba kurang berpuas hati dengan masa yang diambil oleh pelajar untuk berkumpul di kawasan lapang iaitu di padang telah melebihi 3minit. Ini merupakan prosedur yang paling penting yang perlu dipatuhi oleh semua warga sekolah tanpa kompromi di mana-mana pihak ; jangan membawa sebarang peralatan peribadi, selamatkan diri sendiri terlebih dahulu, tertib dan tidak berebut-rebut ketika menyelamatkan diri.


Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat cawangan Balai Bomba Teluk Intan yang sudi memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada seluruh warga SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota.

"Utamakan Keselamatan Dalam Apa Jua Situasi"

3 ulasan:

  1. rindu kat sekolah nie....dari-farhana 6 jaya 2010

    BalasPadam
  2. semoga sekolah ni teros maju ke hadapan dalam bidang akademik n kokurikulum

    BalasPadam
  3. SAYA SEBAGAI SEORANG CUCU KEPADA PENGUASA BOMBA KEDAH/PERLIS MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEKOLAH DATO LAKSAMAN KERANA MEMBUAT SATU DEMOTRASI KEBAKARAN.LAYARI BLOG SAYA WWW.MYROSCHAI.BLOGSPOT.COM.

    BalasPadam

 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan