Jumaat, 31 Julai 2009

Kalori dan Lemak

Berikut antara kandungan kalori dan lemak dalam beberapa makanan kegemaran rakyat Malaysia:

· Nasi lemak (210 gram berserta nasi dengan santan, telur goreng, ikan bilis dan sambal) - 494 kalori
· Roti canai (95 gram) - 301 kalori, 31 peratus lemak
· Mi kari (410 gram) - 529 kalori, 63 peratus lemak
· Laksa lemak (540 gram) - 591 kalori, 54 peratus lemak
· Nasi ayam tanpa lauk (230 gram) - 278 kalori, 10 peratus lemak
· Mi goreng (325 gram) - 598 kalori, 44 peratus lemak
· Kuetiau goreng (170 gram) - 312 kalori, 43 peratus lemak
· Kentang goreng (349 gram) - 1,124 kalori, 50 peratus lemak
· Burger daging (194 gram) - 496 kalori, 32 peratus lemak

Ahad, 26 Julai 2009

Pertandingan Futsal & Bola Jaring


Dalam usaha meningkatkan kesedaran Bulan Kecergasan dan Kesihatan Diri, Panitia PJPK sekali lagi mengambil inisiatif dengan mengadakan Pertandingan Futsal & Bola Jaring Peringkat Sekolah pada tarikh 25 Julai 2009 (Sabtu) yang bertempat di padang SK Dalarama. Murid-murid yang mengambil bahagian terdiri daripada murid tahun 4 dan 5. Pertandingan diadakan secara liga, bermula pada jam 8.00pagi hingga 11.30pagi. Aktiviti program telah berjalan dengan lancar.

i. sesi bergambar
1. En. Mohd Fahmi - Penyelaras
2. En. Hussain
3. En. Hirudin
4. En. Mohd Najib
5. Pn. Rashida
6. Pn. Dida Salwa
7. Pn. Siti Ruziah
~ tiada dalam gambar
1. En. Zulkifle - Pen.Penyelaras
2. En. Ahmad Jamhari
3. En. Md. Rozlisham
4. Pn. Sharipah
5. Pn. Maimanah
6. Pn. Fazidah
7. Pn. Husnah
8. Pn. Neziah
ii. pertandingan futsal & bola jaring
iii. mengumumkan keputusan
iv. menjamu selera

Selasa, 21 Julai 2009

Renungan bersama..

MINDA KECIL berbicara tentang MANUSIA
MINDA SEDERHANA berbicara berkaitan PERISTIWA
MINDA BESAR berbicara tentang IDEA

Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
***************************

Ahad, 19 Julai 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan


Pada hari Sabtu 18 Julai 2009, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Aktiviti program dimulakan pada jam 8.30pagi. Pengisian LDP untuk aktiviti Kursus Kecergasan dan Kesihatan adalah seperti berikut:


Praktikal di dataran kejat untuk acara senam tari diketuai oleh :
~ En. Quah Say Cheow.





Teori Kursus Kecergasan dan Kesihatan pula telah diadakan di bilik makmal ICT sekolah. Slot kursus telah disampaikan oleh:
~ Tn Hj Abdul Rashid b Wook Ghazali PPN, PPT (GB Skdlrm-slot1) dan
~ En. Mohd Fahmi b Tajuid (Ketua Panitia PJPK-Slot2)



Para peserta sedang menikmati jamuan yang disediakan..


Jumaat, 17 Julai 2009

Kata-kata Hikmat

REPUTASI KATA IBARAT KACA
SENANG DIHANCURKAN
TETAPI SUKAR UNTUK MEMPERBAIKINYA

ILMU ADALAH KUASA
- Francis Bacan.

BIARPUN SERIBU KAPAL TENGGELAM DI TENGAH LAUTAN,
NAMUN CITA-CITA MENUSIA TIDAK PERNAH PADAM.
- Hamka.

KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA,
BUKAN KEJAYAAN.
- Mahatma Gandhi.

JIKALAU SATU-SATUNYA YANG ADA HANYALAH TUKUL,
MAKA SEMUA MASALAH AKAN DILIHAT SEPERTI PAKU.
- Maslow.

ORANG YANG DILAHIRKAN DI DALAM KANDANG KUDA,
TIDAK SEMESTINYA AKAN MENJADI KUDA.
- Pepatah Inggeris.

Rabu, 15 Julai 2009

Sejenak..

"kejayaan adalah hasil sebuah usaha yang terancang"

Pelik Tapi Benar

Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman, namanya
merupakan senarai nama-nama Perdana Menteri Malaysia

R ~ Rahman
A ~ Abdul Razak
H ~ Hussein Onn
M ~ Mahathir
A ~ Abdullah
N ~ Najib

Kursus Kecergasan dan Kesihatan Diri Anjuran Panatia PJPK


Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pelaksana LADAP Peringkat sekolah akan mengadakan Kursus Kecergasan dan Kesihatan pada masa dan tarikh seperti berikut:
Tarikh : 18/07/2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00pagi-2.00ptg
Tempat : Bilik ICT SK Dalarama
~Berpakaian sukan
Sehubungan dengan itu, tuan puan diwajibkan hadir ke program tersebut mengikut ketetapan di atas. Surat siaran mengenai program tersebut telah pun diedarkan kepada semua guru.
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

Isnin, 13 Julai 2009

Mesyuarat Semua Guru Besar Kelompok 4

Khamis, 9 Julai 2009

Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah 2009

Perayaan Hari Guru Daerah Hilir Perak Tahun 2009 telah diadakan pada :
Tarikh : 24 Jun 2009
Tempat : Dewan Bandaran, Teluk Intan
Masa : 8.00 malam

Sebahagian daripada peserta-peserta koir SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota yang sempat bergambar..


sesi bergambar & menjamu selera..

Rabu, 8 Julai 2009

Tahukah Anda

1. Wayarles ialah sejenis alat komunikasi yang dapat menghantar dan menerima isyarat tanpa menggunakan wayar.

Alat ini dicipta oleh Marconi pada tahun 1894. Malah, alat ini juga merintis jalan kepada penciptaan radio.

2. Internet menjadi sumber maklumat dan pengetahuan terbesar pernah dicipta manusia kerana kemampuannya merangkaikan maklumat pada berjuta-juta komputer di seluruh dunia.
Jika kita menaip perkataan 'Pendidikan' pada enjin pencari yahoo.com, sebanyak 300,000 pautan laman web berkaitan pendidikan akan diberikan.

-zi-

Khamis, 2 Julai 2009

Keputusan Peperiksaan Setengah Tahun 2009

Semua guru dan ibu bapa boleh melihat analsis dan prestasi keseluruhan anak-anak mereka dengan memuat turun file di bawah:

Tahun 1
Analisa Semua Mata Pelajaran
Kedudukan Pelajar Tahun 1

Tahun 2
Analisa Semua Mata Pelajaran
Kedudukan Pelajar Tahun 2

Tahun 3
Analisa Semua Mata Pelajaran
Kedudukan Pelajar Tahun 3

Tahun 4
Analisa Semua Mata Pelajaran
Kedudukan Pelajar Tahun 4

Tahun 5
Analisa Semua Mata Pelajaran
Kedudukan Pelajar Tahun 5

Tahun 6
Analisa Semua Mata Pelajaran
Kedudukan Pelajar Tahun 6

Bagi ibu bapa yang berminat untuk dapatkan markah individu anak masing-masing bolehlah nyatakan nama dan kelas dalam ruangan komen (comments) bagi POST ini.TQ
 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan