Rabu, 30 Jun 2010

Dari Blog ke Facebook

Salam semua warga dalarama....

Oleh kerana semakin ramai warga kita menggunakan facebook...maka pihak pengurusan blog sekolah telah mewujudkan satu "Page" Sekolah dalam facebook...untuk melayari 'page' tersebut...perlulah memiliki akaun facebook terlebih dahulu...untuk melawati page tersebut sila klik pada icon facebook di bawah...selepas ini secara perlahan, blog sekolah akan menjadi kurang aktif kecuali untuk mengetahui keputusan peperiksaan...gambar-gambar dan aktiviti sekolah akan dimuatkan kedalam Page Sekolah di Facebook


Isnin, 28 Jun 2010

Lawatan Penanda Aras Pusat Sumber Cemerlang Daerah Hilir Perak

Tarikh : 28 Jun Isnin 2010, Masa : 11.00 pagi - Seramai 24 orang pegawai yang terdiri daripada 5 orang pengetua dan 19 orang guru besar telah datang mengadakan Lawatan Penanda Aras Pusat Sumber Cemerlang Daerah Hilir Perak di SK Dato' Laksamana Raja Mahkota. Rombongan lawatan ini telah diketuai oleh Encik A Samad bin Abdul Rahman (Guru Besar SK Sultan Idris 2) selaku jawatankuasa Pengurusan Pusat Kegiatan Guru Teluk Intan.

Aturcara:
Bacaan doa, ucapan pengerusi, ucapan guru besar SKDLRM & ucapan ketua peserta Lawatan Penanda Aras.


Penyampaian Cenderamata & Taklimat Guru Media.. Pn Rasidah bt Abdol Majid

Perkongsian ilmu & lawatan sekitar kawasan PSS..

Sesi lawatan ke PSS & Bilik Tayang ..


Lawatan ke bilik SAL..

Lawatan ke Surau..

Lawatan ke Bilik Access & Taman Herba..

Lawatan ke Pend.Khas..


Jamuan makan tengah hari & pemberian cenderamata

Program berakhir pada jam 1.30 petang dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Julai Bulan Membaca

Tema : “Baca Buku Buka Dunia”
28 Jun 2010 ( Perhimpunan Isnin)- Pelancaran Julai Bulan Membaca telah dirasmikan oleh Tn Hj Abdul Rashid b Wook Ghazali, PPN.,PPT. selaku Guru Besar SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota. Pelbagai aktiviti & pertandingan telah disediakan oleh pihak pengurusan PSS. Kempen membaca ini telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya.



Pelancaran & penyampaian hadiah...


Ahad, 6 Jun 2010

Selamat Bercuti..

Sabtu, 5 Jun 2010

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Hilir Perak 2010

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Hilir Perak 2010 telah diadakan di SMK Abdul Rahman Talib (SMART) pada 2 Jun 2010 (Rabu). Majlis bermula pada jam 2.15 petang. Sambutan Perayaan Hari Guru tahun ini bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa”. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd Jabar AMN.,AMP (Pengarah Pelajaran Perak).


SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota sekali lagi telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan bahagian persembahan. Pasukan koir SK Dalarama telah mendendangkan lagu Guru Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa dan Terima Kasih Cikgu, dipimpin oleh En. Quah Say Cheow (Guru Muzik SKDLRM).
Tahniah di atas persembahan yang mantap.
Majlis bersurai pada jam 5.00 petang..
 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan