Jumaat, 26 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul

Kokurikulum 2010

KEWAJIBAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
“Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996(Akta 550)} Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}”

“Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1986, KP(BS)8591/jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986)”


24 Feb 2010 (Rabu), Berdasarkan takwim kegiatan kokurikulum sekolah yang telah dijadualkan, SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota telah mengadakan aktiviti kokurikulum yang pertama untuk tahun 2010 ini dengan mengadakan mesyuarat agung kokurikulum.
Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah perlantikan ahli jawatankuasa di kalangan murid khususnya murid tahap 2 sekolah ini bagi setiap unit iaitu Unit Beruniform, Persatuan/Kelab dan Permainan. Dengan pengawasan guru-guru penasihat, aktiviti mesyuarat agung kokurikulum telah berjalan dengan lancar.


Koleksi foto yang sempat dirakam…


Rabu, 24 Februari 2010

LINUS Saringan 1 2010


Apa itu LINUS Programme?
Akronim kepada perkataan "Literacy and Numeracy Screening Programme"
Dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M) dan untuk mempastikan semua murid menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 di sekolah rendah.
Matlamat :
Memastikan semua murid kecuali berkeperluan khas berkeupayaan menguasai asas Literasi (Bahasa Melayu) dan Numerasi (Matematik) selepas tiga tahun menduduki pendidikan sekolah rendah menjelang 2012.
Definisi Literasi
Definisi asas literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung dan) serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Definisi Numerasi
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dam memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.


Saringan 1
Saringan Lisan & Bacaan 01-28 Feb 2010
Saringan Bertulis 01-05 Mac 2010
Saringan 2
Saringan Lisan & Bacaan 01-30 Mei 2010
Saringan Bertulis 31-04 Jun 2010
Saringan 3
Saringan Lisan & Bacaan 01-30 Ogos 2010
Saringan Bertulis 01-03 Sept 2010


Guru-guru BM & MT Tahun 1 SKDLRM sedang melaksanakan LINUS saringan 1 (Lisan & Bacaan)

Tabung Unit Kebajikan Murid

Tarikh : 22 Febuari 2010 (Perhimpunan Hari Isnin)
Masa : 7.40-8.10 pagi
Tempat : Dataran Kejat Sekolah

Majlis Pelancaran Tabung Unit Kebajikan Murid SK Dato' Laksamana Raja Mahkota telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tn Hj Abdul Rashid b. Wook Ghazali PPN. PPT (GB SKDLRM)


Program ini bertujuan memberi bantuan kewangan kepada murid-murid SKDLRM yang tidak berkemampuan serta menjayakan konsep sekolah penyayang.
Objektif penubuhan Program Tabung Unit Kebajikan Murid ini adalah untuk:
1. Membantu golongan target program seperti murid-murid miskin dan anak-anak yatim dari segi bantuan wang dan sumbangan pakaian
2. Membantu pihak sekolah meningkatkan dana tabung kebajikan.
3. Memupuk semangat kerjasama dan bertanggungjawab sebagai ahli masyarakat.
4. Melakukan aktiviti kemasyarakatan.
Golongan sasaran Program Tabung Unit Kebajikan Murid SKDLRM:
1. Murid-murid miskin yang tidak berkemampuan membayar yuran persekolahan
2. Murid anak-anak yatim
3. Murid yang kematian ahli keluarga


Guru-guru turut menderma Tabung Unit Kebajikan Murid SKDLRM.

Terima kasih diucapkan..

Memorizing Vocabulary

22 Feb 2010 (Isnin), Bahasa Inggeris merupakan salah satu mata pelajaran teras yang sangat penting sama ada di Sekolah Kebangsaan atau di Sekolah Jenis Kebangsaan. Justeru itu, satu langkah/inisiatif telah diadakan oleh Panitia Bahasa Inggeris SKDLRM dengan mengadakan Program Memorizing Vocabulary. Aktiviti ini telah dijalankan pada setiap pagi hari Selasa, Rabu dan Khamis. Manakala waktu perhimpunan hari Isnin diadakan sebagai hari kemuncak program.
Tujuan aktiviti ini diadakan sebagai meningkatkan penguasaan & pemantapan Vocabulary di kalangan semua murid SKDLRM terutamanya murid tahap 2.


Pn.Rusyatimah sedang mengendalikan program Memorizing Vocabulary.

Tn Hj Abdul Kadir (PK1) menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Terima kasih & tahniah diucapkan..

Selasa, 23 Februari 2010

Selamat Hari Lahir.. 2010

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran... diucapkan kepada Tn Guru Besar serta staf SKDLRM yang telah menyambut tarikh lahir pada bulan Januari & Febuari untuk tahun 2010 ini. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kehidupan lebih sukses… Kelab Staf turut menyampaikan cenderamata sebagai tanda meraikan sambutan ulangtahun kelahiran.

Kem Bestari Solat Siri 1 2010

Pada 20 Febuari 2010 (Sabtu), Panitia Pendidikan Islam SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota telah menganjurkan Kem Bestari Solat Siri 1 sesi 2010. Program ini bermula pada jam 7.45 pagi hingga 2.00 petang. Kem ini telah dihadiri oleh murid-murid Tahun 1 dan 2. Tujuan Kem diadakan untuk meningkatkan kefahaman dan pemantapan jiwa murid berkaitan solat. Murid-murid juga didedahkan dengan teori dan amali dalam solat.
Objektif:
• Murid dapat memahami cara berwuduk
• Murid dapat berwuduk dengan sempurna
• Mengetahui bilangan rakaat di dalam solat-solat fardu
• Dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul dan sempurna

Koleksi foto sepanjang Kem Bestari Solat Siri 1 2010
Taklimat sebelum program bermula..

Sesi latihan mengambil wuduk di bilik wuduk.

Murid-murid lelaki dan perempuan bersedia untuk amali solat.

Murid-murid mendengar penerangan, panduan dan nasihat yang disampaikan serta menikmati jamuan di akhir program.


Diharapkan dengan kem ini, murid-murid bukan sahaja dapat mengetahui cara untuk menunaikan solat malah mengaplikasikan perkara-perkara yang telah dipelajari di dalam kehidupan.

Rabu, 17 Februari 2010

Perhimpunan Pagi & Perjumpaan Rumah Sukan (kali ke-2)

Tarikh : 17 Feb 2010 (Rabu)
Masa : 7.40-8.40 pagi
Tempat : Dataran Kejat SKDLRM



 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan