Jumaat, 26 Februari 2010

Kokurikulum 2010

KEWAJIBAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
“Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996(Akta 550)} Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}”

“Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1986, KP(BS)8591/jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986)”


24 Feb 2010 (Rabu), Berdasarkan takwim kegiatan kokurikulum sekolah yang telah dijadualkan, SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota telah mengadakan aktiviti kokurikulum yang pertama untuk tahun 2010 ini dengan mengadakan mesyuarat agung kokurikulum.
Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah perlantikan ahli jawatankuasa di kalangan murid khususnya murid tahap 2 sekolah ini bagi setiap unit iaitu Unit Beruniform, Persatuan/Kelab dan Permainan. Dengan pengawasan guru-guru penasihat, aktiviti mesyuarat agung kokurikulum telah berjalan dengan lancar.


Koleksi foto yang sempat dirakam…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan