Sabtu, 23 Januari 2010

Gotong-royong PSS

Pada 23 Januari 2010 ( Sabtu ), Pusat Sumber Sekolah SKDLRM telah mengadakan aktiviti gotong-royong sempena pertandingan Pusat Sumber Sekolah yang mewakili daerah ke peringkat negeri. Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini, lebih berfokus kepada menceriakan kawasan sekolah. Aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi dan telah tamat pada jam 12.30 tengah hari. Terima kasih kepada semua yang terlibat.







Pendaftaran, Taklimat & Orentasi Tahun 1

Pada 4 Januari 2010 ini bermulalah sesi Persekolahan Tahun 2010. Sehubungan itu, pada 29 Disember 2009, SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota telah mengadakan satu program Pendaftaran, taklimat dan sesi suaikenal bagi murid Tahun 1/ 2010. Ramai ibu bapa dan murid yang hadir.


Dari pengamatan, murid Tahun 1 yang hadir, semuanya dalam keadaan yang bersedia untuk menempuh alam persekolahan. Dari riak muka mereka semuanya ceria, mesra dan mudah berinteraksi. Tidak ada rasa takut dan tidak ada yang menangis jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu.

Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010

 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan