Khamis, 31 Disember 2009

Gambar Kenangan Staf SKDLRM 2009


Rabu, 23 Disember 2009

Pemberitahuan Mesyuarat Guru

Glitter Words

Tarikh : 28 Disember 2009
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SKDLRM
Kehadiran : Semua Guru SKDLRM

Glitter Words

Khamis, 26 November 2009

Salam Aidil Adha

Salam,

Saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban (Eidul Adha) 1430H. Kepada yang menunaikan haji, moga2 beroleh haji mabrur dan kepada yang memandu ke kampung, berhati-hati di jalan raya.

Disertakan Sejarah Aidiladha untuk peringatan buat diri saya dan rakan2 sekalian.

Hari Raya Aidiladha(bahasa Arab:'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh,sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah,sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa
kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi
Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas
khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada
hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat,manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting
dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari
syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi,biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan.

Salam aidil adha. Semoga aidil adha kali ini mengingati kita erti pengorbanan yang dianjurkan oleh islam..semoga kita diberkati Allah.

Isnin, 23 November 2009

Tahniah.. UPSR 2009


Sekalung tahniah dan syabas kepada murid-murid SK Dato' Laksamana Raja Mahkota yang berjaya mendapat 5A UPSR 2009. Semoga anda terus maju dalam pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi...

1. Nur Ijazati bt A.Shirajzudeen
2. Audra Natasya bt Khairuddin
3. Ahmad Irfan Idzhan b. Zahar
4. Nurul Syafiqah bt Hamdan
5. Nurul Aida bt Rosli

Ahad, 22 November 2009

Majlis Perpisahan

Bertemu dan berpisah, adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati tidak lupa…
Tanggal 20 November 2009 (Jumaat), bertempat di dataran kejat sekolah- SKDLRM telah menganjurkan majlis perpisahan seorang guru Pendidikan Islam iaitu Ustaz Mohd Najib bin Mohd Arsyad yang akan bertukar ke SK Seri Klebang, Ipoh setelah 4 tahun mencurahkan baktinya kepada generasi SKDLRM. Dalam ucapan ringkasnya kepada pelajar SKDLRM, beliau sempat berpesan agar pelajar SKDLRM menjadi pelajar yang cemerlang selaras dengan Visi SKDLRM gemilang.

Suasana pilu yang menyentuh kalbu...




Sebagai tanda penghargaan dan kenangan, cenderamata untuk beliau telah disampaikan oleh Tn Hj Abdul Kadir bin A’ala (PK1). Di kesempatan ini, pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas bakti, kerjasama dan sumbangan beliau sepanjang bertugas di SKDLRM.



Wajah yang tidak lekang dengan senyuman dan sentiasa ceria..



Murid-murid berbaris, bersalam dan mengucapkan selamat berpisah kepada Ustaz Mohd Najib..




Sesi bergambar guru-guru bersama Ustaz Mohd Najib..





Pihak sekolah mendoakan kejayaan, semoga beliau akan terus cemerlang dan gemilang walau di mana jua berada. Selamat Maju Jaya....

Sabtu, 21 November 2009

Jamuan Kelab Staf 2009

Rabu 18 November 2009, jam 1.00 petang - Kelab Guru dan Kakitangan SKDLRM telah mengadakan Majlis Jamuan Kelab Staf, bertempat di Rest House, Bandar Baru Teluk Intan. Matlamat dan objektif jamuan ini adalah untuk menghargai komitmen serta jasa guru-guru dan staf yang telah banyak menyumbangkan tenaga untuk kecemerlangan SKDLRM sepanjang tahun 2009. Selain itu, jamuan ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan staf serta suntikan motivasi untuk berkhidmat lebih cemerlang pada masa hadapan.






Ucapan guru besar dan sesi penyampaian cenderamata kelab staf kepada semua guru dan kakitangan SKDLRM.







Majlis berakhir jam 2.15 petang, terima kasih diucapkan..
 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan