Ahad, 8 November 2009

Majlis Kesyukuran

5 November 2009 (Khamis) jam 11.30 pagi - Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Kesyukuran sempena Program Wakaf Pemasangan Tile dan Naiktaraf Surau SK Dalarama. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran para tetamu jemputan @ pewakaf-pewakaf surau, guru-guru dan staf SK Dalarama yang beragama Islam.







Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi (En. Mohd Fahmi b Hj. Tajuid) seterusnya ucapan guru besar, (Tn Hj Abdul Rashid b Wook Ghazali PPN,PPT) dan diikuti pula dengan Bacaan Tahlil & Doa Selamat yang diketuai oleh Ustaz Hussain b Mat Salleh.



Selepas majlis, para tetamu dijemput ke kantin sekolah untuk menikmati jamuan makan yang berorentasikan masakan kampung. (Terima kasih kepada hamba-hamba Allah selaku penyumbang jamuan makan pada majlis ini).







Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat memberikan kerjasama, sumbangan dan bantuan menjayakan Program Wakaf Pemasangan Tile dan Naiktaraf Surau SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan, Perak. Semoga sumbangan ikhlas dan wakaf tuan/puan tersebut diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan