Jumaat, 23 Oktober 2009

Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK)

Pada hari Rabu 21 Oktober 2009, AADK Daerah Hilir Perak telah dijemput untuk mengadakan ceramah mengenai Antidadah di SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota sempena program selepas UPSR. Ceramah bermula jam 10.30 pagi telah disampaikan oleh Pegawai AADK Daerah Hilir Perak. Ceramah yang disampaikan bukan sahaja mengenai akibat penyalahgunaan dadah malah turut diselitkan dengan isu-isu semasa mengenai pengedaran dadah menggunakan orang tengah.



Selain ceramah, pameran berkaitan dadah juga telah diadakan. Antara aktiviti yang dijalankan di "booth" AADK ialah penerangan mengenai jenis-jenis dadah dan akibat daripada penagihan dadah. Semua pelajar tahun 1 hingga tahun 6 berpeluang melihat sendiri gambar-gambar sebenar kesan penagihan dadah serta mengenali bentuk dan jenis dadah berpandukan contoh-contoh dadah tiruan yang dipamerkan. Poster yang dipamerkan sekaligus memberi peringatan secara tidak langsung mengenai bahaya dadah.



Diharapkan ceramah yang disampaikan akan memberi impak yang positif, bermanfaat, menjadi pegangan kepada pelajar agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah seterusnya mencapai matlamat Sekolah Bebas Dadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan