Ahad, 18 Oktober 2009

Bacaan Yasin & Gotong-royong Surau

Pada hari Khamis (15 Oktober 2009), pihak sekolah telah mengadakan majlis bacaan Yasin sempena keberangkatan bakal jemaah haji ke Tanah Suci Mekah iaitu En. Anuar b. Ri dan isteri, ayah bonda En. Mohd Fahmi serta ayah bonda Pn. Nor Harleli. Bacaan Yasin tersebut telah diketuai oleh Ustaz Mohd Najib dan dihadiri sebilangan guru-guru SKDLRM serta semua murid tahun enam yang beragama Islam. Seluruh warga sekolah mendoakan kesejahteraan kepada mereka bakal jemaah agar dapat mengerjakan ibadah dengan penuh ketaqwaan dan semoga beroleh haji yang Mabrur.





Pada hari yang sama, aktiviti gotong-royong membersih dan mengosongkan surau telah dijalankan oleh sekumpulan guru-guru SKDLRM dan dibantu oleh murid-murid tahun 6. Gotong-royong tersebut sebagai persediaan projek menaiktaraf dan pemasangan tile yang akan bermula pada hari Jumaat. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan