Isnin, 29 Mac 2010

Watikah Perlantikan Pengawas 2010

Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas PSS
Tarikh : 29 Mac 2010
Masa : 7.40 hingga 9 pagi (Perhimpunan Pagi)
Tempat : Dataran Kejat Sekolah

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2010 telah dilangsungkan dengan jayanya. Barisan pemimpin-pemimpin sekolah ini dipilih dan dilantik berdasarkan kredibiliti, ketokohan dan kemampuan menjadi teladan kepada rakan-rakan sebaya.


Upacara penyampaian tanda nama telah disempurnakan oleh Tn Hj Abdul Rashid bin Wook Ghazali PPN., PPT. (Guru Besar SKDLRM).
Majlis Ikrar Pengawas diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah iaitu Adik Mohd Syazmir dan Penolong Pengawas Adik Norfarhana.


Ketua Pengawas PSS - Adik Nurul Mazhanis, Penolong 1 Adik Nurhazwani dan Penolong 2 Adik Nurul Aida.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan diharap dengan Penerimaan Watikah tersebut semua Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS akan dapat berkhidmat dan berbakti dengan penuh setia serta memastikan kelancaran perjalanan sekolah ini.

1 Malaysia Membanteras Dadah

29 Mac 2010-Majlis Pelancaran “1 Malaysia Membanteras Dadah” Peringkat SK Dalarama 2010 telah dirasmikan oleh Tn Hj Abdul Rashid b Wook Ghazali, PPN.,PPT. selaku Guru Besar SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota.
Guru Besar membaca perutusan KPPM dan Perasmian.

Kempen ini bertujuan untuk memupuk semangat kesedaran terhadap kepentingan menjauhkan diri daripada sebarang gejala-gejala yang berkaitan dengan dadah dan dadah itu sendiri khasnya. Program di bawah kelolaan oleh PPDa SK Dalarama & Kelab Bimbingan dan kaunseling.
Semoga hasil daripada kempen kesedaran yang dilaksanakan ini dapat mencetus keyakinan diri yang lebih kukuh dalam mempersiapkan pelajar-pelajar daripada gejala yang meruntuhkan bangsa ini.

Hari Lahir Mac & April

29 Mac 2010-Selamat hari lahir diucapkan kepada guru-guru dan kakitangan SKDLRM yang menyambut hari lahir pada bulan Mac & April ini.

Semoga kalian semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik agar dapat terus memikul tugas dan amanah dengan sebaik mungkin..

Sabtu, 27 Mac 2010

Program Khidmat Bantu PSS

Pada 26 dan 27 hb Mac 2010 (Jumaat & Sabtu) peserta PTP PKG dan GPM SK & SMK Daerah Hilir Perak telah terlibat menjalankan Program Khidmat Bantu PSS kepada Pusat Sumber SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota.
Khidmat bantu ini adalah untuk mengemaskini data dan maklumat serta menceriakan lagi Pusat Sumber SKDLRM yang mewakili Daerah ke Penilaian dan Pemilihan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak 2010 pada 8 April 2010. Program khidmat bantu turut dihadiri oleh guru-guru SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota.
Senarai peserta Program Khidmat Bantu PSS
1. Pn. Fairuziah bt Ghazali (PTP PKG Chenderong Balai)
2. Pn. Zarina bt Hassan (GPM SMK Seri Kandi)
3. Pn. Azlina Kama bt Mat Lazim ( GPM SK Sungai Kerawai)
4. Pn. Rohani bt Mohd Saruman (GPM SK Pekan Rabu)
5. Pn. Rasidah bt Abdul Majid (GPM SK Dalarama)
6. Pn. Saginah bt Mohd Yussof (GPM SK Sg. Lampam)
7. En. Suhaimi b. Jamauddin (GPM SK Raja Muda Musa)
8. Pn. Hjh Rofidah bt Yussof (GPM SK Tebuk Banjar)
9. Cik Nor Hapizah bt Othman (GPM SK Pengkalan Ara)
10. Pn. Nazrah bt Maani (GPM SK Kampung Bahagia)
11. Pn. Yang Kalsum bt Yub (GPM SMK Seri Perak)




Khidmat Bantu di Makmal ICT
1. Mohamad Saffari b Abd Kadir (SK Sungai Tungku)
2. Mohd Zaiful Azhar b Abdul Latiff (SK Pengkalan Ara)
3. Nor Azli Sham b Sulaiman (SK Sultan Abdul Aziz)
4. Mohd Kamil b Ahmad (SK Tebuk Banjar)


Jamuan makan disediakan untuk para peserta Khidmat Bantu PSS.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Program Permataku Sayang

Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 hingga 11.45 pagi
Tempat : Dewan Seri Gemilang SKDLRM
Sasaran : Murid Tahun 6 dan penjaga murid

SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota telah menganjurkan satu Program Permataku Sayang 2010 (Motivasi Keibubapaan). Program ini khas diadakan bagi ibu bapa dan murid-murid tahun 6 2010. Tujuan program adalah untuk mendapat kerjasama daripada pihak mereka supaya dapat membantu anak-anak mereka di rumah.


Ribuan terima kasih kepada fasilitator jemputan iaitu Encik Mohamed Zamhuri bin Mohamed Ali (Kaunselor SEMESTI) di atas kesudian beliau menyampaikan ceramah pada hari ini.

Mutiara Kata: "Walau siapa pun kita, walau sehebat mana pun kita, walau berjaya setinggi langit pun kita. Tanpa doa dan restu si ibu yang melahirkan kita, maka tiadalah keberkatan hidup"

Isnin, 22 Mac 2010

Selamat Pengantin Baru

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ust. Nur Wardiah bt Hj Ariffin yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 13 Mac 2010 yang lalu. Warga sekolah juga mendoakan semoga perkahwinan beliau berkekalan sehingga ke akhir hayat.
~Guru besar menyampaikan hadiah perkahwinan Kelab Staf.

Sabtu, 13 Mac 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Mesyuarat Agung PIBG SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota telah diadakan dengan jayanya pada 11 Mac 2010 (Khamis), bermula jam 2.00 petang dan bertempat di Dewan Seri Gemilang SKDLRM. Kehadiran ibu bapa dan guru-guru telah disambut oleh jawatankuasa PIBG & penyambut tetamu yang diketuai oleh Pn. Sharifah bt Abu Bakar. Para tetamu yang hadir mesyuarat tersebut, dibekalkan set laporan PIBG dan broser maklumat. Di samping itu juga jawatankuasa Tabung Unit Kebajikan Murid SKDLRM telah mengambil kesempatan menjalankan jualan amal pakaian-pakaian terpakai dengan harga RM2, bertujuan meningkatkan dana tabung kebajikan sekolah.

Ribuan terima kasih ditujukan kepada En. Shuib b. Bahari selaku Ketua Penghulu kerana sudi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKDLRM.


Agenda utama mesyuarat adalah:
Ucapan YDP PIBG (Encik Abdul Razak b. Abdullah KMN, AMN, PPT)
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat 2009
Membentangkan Laporan Bendahari Kewangan 2009
Membahaskan usul-usul.
Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2010/2012
Pemilihan Juru Audit Dalaman
Ucapan penangguhan

~Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Sekitar gambar jamuan VIP, guru-guru dan ibu bapa..


Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat serta kepada guru-guru SKDLRM yang sangat komited bagi memastikan majlis berlangsung dalam keadaan yang lancar dan sempurna.


Semoga kegiatan PIBG SK Dato' Laksamana Raja Mahkota dapat dijalankan dengan licin dan lancar di bawah pimpinan yang bijaksana serta sokongan yang kuat dari semua pihak dan juga PIBG SKDLRM akan terus memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan lagi imej sekolah.

Selasa, 9 Mac 2010

Sumbangan MPTI

8 Feb 2010 (Isnin)- Seramai 10 orang murid SKDLRM daripada keluarga yang berpendapatan rendah telah menerima sumbangan beg sekolah dan baucer bernilai RM 70.00 setiap seorang daripada pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan. Penyerahan sumbangan telah dikendalikan oleh pihak pentadbiran Hal Ehwal Murid SKDLRM.

1 MALAYSIA-RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Sabtu, 6 Mac 2010

Gotong-royong PSS kedua

Pada hari yang sama 6 Mac 2010 (Sabtu), jam 8.30 pagi-12.30 tengah hari, gotong-royong pss kali ke 2 ini diadakan adalah kesinambungan perlaksanaan tugas-tugas menceriakan PSS dan kawasan sekolah.

Pemandangan di dalam PSS & koleksi bahan bukan cetak sesuai dengan peralatan yang ada seperti Diorama..


Guru Besar, PK Hem, pekerja pembersihan kawasan & guru media turut serta membersihkan taman herba & kolam ikan

Terima kasih kepada En. Kamal atas kesudian beliau menyumbangkan RM50 bagi pembelian satu papan tanda Rangkaian PSS.

Gambar di atas dan di bawah memaparkan kerjasama guru-guru menceriakan kawasan sekolah & membaikpulih pentas di dewan.


Terima kasih diucapkan....
 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan