Jumaat, 5 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

"MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH" Tema Maulidur Rasul 2010
Tanggal 12 Rabiul Awal tahun gajah disambut oleh semua umat Islam sebagai memperingati hari keputeraan baginda Rasulullah s.a.w. Keunggulan Rasulullah s.a.w sebagai insan dan pemimpin begitu ketara kepada kita semua. Tujuan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. yang diadakan ialah untuk mengingati perjuangan baginda menyebar dan meninggikan syiar Islam. Semoga kita termasuk di dalam golongan orang-orang yang mengingati dan mencintai Baginda....
Pihak sekolah telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul pada hari ini.
Tarikh :5 Mac 2010 (Jumaat)
Masa : 7.55 pagi - 12.00 tengah hari
Aturcara majlis
1. Guru dan murid berkumpul di dataran kejat sekolah
2. Bacaan doa (Ustaz Mohamad Azam)
3. Ucapan :
- Pengerusi majlis (En. Mohd Fahmi)
- Ketua Pendidikan Islam (Ustaz Hussain)
- Perasmi sambutan Maulidur Rasul (PK1-Tn Hj Abdul Kadir bin A’Ala)
4. Persembahan nasyid (murid aliran perdana & pend.khas)
5. Ceramah Maulidur Rasul (Ustaz Mohamad Zamani)
6. Perarakan dan berselawat beramai-ramai ke padang kerantina
7. Rehat tahap 1& tahap 2 serta jamuan guru & staf
8. Pertandingan mewarna & menulis Khat
9. Bersurai


Ucapan, perasmian & ceramah sempena Maulidur Rasul..

Guru & murid berkumpul di dataran kejat sekolah


Persembahan nasyid & berbaris untuk perarakan..

Perarakan dan berselawat beramai-ramai ke padang kerantina

Perarakan pulang & pertandingan Khat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan