Sabtu, 13 Mac 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Mesyuarat Agung PIBG SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota telah diadakan dengan jayanya pada 11 Mac 2010 (Khamis), bermula jam 2.00 petang dan bertempat di Dewan Seri Gemilang SKDLRM. Kehadiran ibu bapa dan guru-guru telah disambut oleh jawatankuasa PIBG & penyambut tetamu yang diketuai oleh Pn. Sharifah bt Abu Bakar. Para tetamu yang hadir mesyuarat tersebut, dibekalkan set laporan PIBG dan broser maklumat. Di samping itu juga jawatankuasa Tabung Unit Kebajikan Murid SKDLRM telah mengambil kesempatan menjalankan jualan amal pakaian-pakaian terpakai dengan harga RM2, bertujuan meningkatkan dana tabung kebajikan sekolah.

Ribuan terima kasih ditujukan kepada En. Shuib b. Bahari selaku Ketua Penghulu kerana sudi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKDLRM.


Agenda utama mesyuarat adalah:
Ucapan YDP PIBG (Encik Abdul Razak b. Abdullah KMN, AMN, PPT)
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat 2009
Membentangkan Laporan Bendahari Kewangan 2009
Membahaskan usul-usul.
Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2010/2012
Pemilihan Juru Audit Dalaman
Ucapan penangguhan

~Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Sekitar gambar jamuan VIP, guru-guru dan ibu bapa..


Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat serta kepada guru-guru SKDLRM yang sangat komited bagi memastikan majlis berlangsung dalam keadaan yang lancar dan sempurna.


Semoga kegiatan PIBG SK Dato' Laksamana Raja Mahkota dapat dijalankan dengan licin dan lancar di bawah pimpinan yang bijaksana serta sokongan yang kuat dari semua pihak dan juga PIBG SKDLRM akan terus memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan lagi imej sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan