Jumaat, 28 Mei 2010

Hari Permuafakatan Ibu Bapa & Guru 2010

Pada 27 Mei 2010 (Khamis), SK Dalarama telah menganjurkan Hari Permuafakatan Ibubapa dan Guru 2010. Program ini diadakan bertujuan meningkatkan lagi prestasi pelajar serta merapatkan lagi hubungan antara Ibubapa dan Guru SKDLRM.
Kedatangan ibubapa serta sambutan yang menggalakkan menunjukkan keprihatinan ibubapa kepada sekolah serta prestasi anak-anak mereka. Seawal jam 8 pagi, sekolah telah dikunjungi dengan waris yang datang dari segenap kawasan bersebelahan.
Pihak sekolah telah berjaya mengendalikan program ini dengan lancar membuktikan semangat kerjasama yang erat serta dedikasi pimpinan SKDLRM amnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan