Guru Media : Pn Rasidah bt Abdol Majid
Pen. Guru Media : Pn. Dida salwa bt Hassan Basri
Guru Nilam : Pn Maimanah bt Murad
Antara tugas-tugas yang dijalankan:
• Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 - 8 waktu seminggu
• Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama Pengetua / Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, Guru, dan murid.
• Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
• Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang, dan kemas kini.
• Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
• Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
• Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalam berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
• Merancang, dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
• Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan P & P berasaskan sumber.
• Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, PKG/ Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
• Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS.
• Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk dan JK Kerja Pusat Sumber Sekolah.
• Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
• Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori* peralatan Pusat Sumber Sekolah. *(termasuk bahan, alatan dan perabot).
• Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
Jumaat, 9 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan