SK Dato' Laksamana Raja Mahkota telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah pada 30 September 2009 (Rabu) bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama, bantuan dan sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan majlis tersebut. Pelbagai juadah dan kuih-muih telah dapat dinikmati oleh semua murid dan seluruh warga SK Dalarama. Persembahan daripada guru dan murid telah menyerikan lagi kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Dato' Laksamana Raja Mahkota...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan