Jumaat, 28 Mei 2010

Hari Permuafakatan Ibu Bapa & Guru 2010

Pada 27 Mei 2010 (Khamis), SK Dalarama telah menganjurkan Hari Permuafakatan Ibubapa dan Guru 2010. Program ini diadakan bertujuan meningkatkan lagi prestasi pelajar serta merapatkan lagi hubungan antara Ibubapa dan Guru SKDLRM.
Kedatangan ibubapa serta sambutan yang menggalakkan menunjukkan keprihatinan ibubapa kepada sekolah serta prestasi anak-anak mereka. Seawal jam 8 pagi, sekolah telah dikunjungi dengan waris yang datang dari segenap kawasan bersebelahan.
Pihak sekolah telah berjaya mengendalikan program ini dengan lancar membuktikan semangat kerjasama yang erat serta dedikasi pimpinan SKDLRM amnya.

Selasa, 25 Mei 2010

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Salam kepada semua warga DALARAMA....pautan-pautan di bawah akan memaparkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2010 mengikut tahun...

TAHUN 1

TAHUN 2

TAHUN 3

TAHUN 4

TAHUN 5

TAHUN 6

sekian....wasalam

Sabtu, 22 Mei 2010

Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Parlimen Bagan Datoh

Tarikh : 21 Mei 2010 (Jumaat)
Tempat : SM Sains Bagan Datoh, Perak
Masa : 8.00 malam-11.00 malam
Tetamu Khas : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)




SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota telah menerima jemputan untuk mengadakan persembahan koir di Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Parlimen Bagan Datoh. Pasukan koir SK Dalarama telah mendendangkan 4 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Guru Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa dan Terima Kasih Cikgu di bawah pimpinan En. Quah Say Cheow (Guru Muzik SKDLRM).


Gambar sebelum & selepas persembahan koir.. Jamuan makan..


Tahniah di atas komitmen yang diberikan oleh pasukan koir SKDLRM..

Selasa, 18 Mei 2010

Sambutan Perayaan Hari Guru 2010

Tarikh : 17 Mei 2010 (Isnin)
Tempat : Kawasan Sekolah
Masa 7.30-12.30 tengah hari
SK Dalarama telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan jayanya dan bertemakan ”Guru Pembina Negara Bangsa”.
Sambutan Hari Guru bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru yang mendidik kita. Kita seharusnya berterima kasih kepada insan yang selama ini tidak lokek mengajarkan kita ilmu; sama ada guru tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti atau guru yang mengajar kita di mana-mana sekalipun, walaupun ilmu yang diajarkan itu hanya sepotong ayat.
Aturcara Majlis :
~Bacaan Doa
~Nyanyian Lagu-lagu : Negaraku, Negeri Perak, Sekolah & Guru Malaysia
~Ikrar Guru



~Tuan Guru Besar membaca Perutusan Hari Guru 2010..

Penyampaian hadiah hari lahir bulan Mei & Jun.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata peribadi kepada semua guru dan staf.. terima kasih kami ucapkan..


Sukaneka Hari Guru
~Futsal Guru Lelaki (Pakai Kain Pelikat) lawan murid
~Bola Jaring Guru Perempuan (Pakai Kain Batik) lawan murid






~Gelagat para guru dan murid dalam acara penuh keriangan dan mencuit hati...

~Basikal Lambat..


~Lari Dalam Guni..

~Tarik Upih..

Rehat.. Acara Memotong Kek Hari Guru & Jamuan Makan..


Pentadbir-pentadbir sekolah memotong kek simbolik sempena Sambutan Hari Guru 2010


Majlis Penyampaian Hadiah Hari Guru sumbangan PIBG SKDLRM yang disampaikan oleh Encik Abdul Razak bin Abdullah KMN, AMN, PPT (YDP PIBG)

~Koleksi Foto Sejuta Wajah Semanis Senyuman..


~Penyampaian hadiah kepada para pemenang acara sukaneka..

~Acara persembahan yang menghiburkan..


SK Dato' Laksamana Raja Mahkota mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seluruh warga pendidik tidak kira di mana jua berada... dan terima kasih semua!!
 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan