Sabtu, 24 April 2010

Program Lukisanthon 2010

Pihak PIBG SK Dato' Laksamana Raja Mahkota dengan kerjasama Kelab Staf SKDLRM telah selesai menganjurkan Program Lukisanthon Dalarama 2010 pada hari ini :
Tarikh : 24 April 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi- 12.30 t/hari
Program ini dimulakan dengan acara Senam Seni Malaysia yang disertai oleh semua murid dan guru SKDLRM. Senam Seni ini diketuai oleh En. Quah Say Cheow (Guru Muzik SKDLRM).


Ucapan YDP PIBG & taklimat guru sebelum program Lukisanthon..

Pendaftaran ibu bapa & Program Lukisanthon bermula..



Majlis Penyampaian Hadiah kepada semua para pemenang.. Kelas Khas & Pra Sekolah..

Pemenang Tahun 1 & 2..

Pemenang Tahun 3 & 4..

Pemenang Tahun 5 & 6..

Pemenang ibu bapa & guru..

Sesi bergambar..

Jamuan makan..

Tahniah & syabas diucapkan kepada semua pemenang yang telah berjaya mempamerkan bakat dan kreativiti dalam program Lukisanthon ini. Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Ahad, 18 April 2010

Lukisanthon Dalarama 2010

Pihak PIBG SK Dato' Laksamana Raja Mahkota akan menganjurkan Program Lukisanthon 2010 pada :
Tarikh : 24 April 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi- 12.30 t/hari

Program ini bertujuan untuk mengisi dana PIBG, Tabung Kecemerlangan Akademik, Mengisi Tabung Kokurikulum dan Menjalankan Projek Keceriaan Sekolah. Ahli Jawatankuasa PIBG SKDLRM amat berbesar hati memohon kerjasama dan sumbangan tuan/puan dan para dermawan bagi menjayakan hasrat mempertingkatkan lagi kecemerlangan pendidikan pelajar-pelajar sekolah ini.
Sokongan dan sumbangan tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
"Subur Harta, Masyarakat Jaya"

Sabtu, 10 April 2010

Sukan Tahunan 2010

Tarikh : 8 April 2010 (Khamis)
Tempat : Padang SK Dalarama
Masa : 2.00 petang - Sukan Tahunan SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota telah diadakan dengan lancar, meriah dan semangat kesukanan. Tahniah diucapkan kepada pasukan Rumah Hijau kerana telah berjaya mengekalkan kejuaraan seperti tahun-tahun yang lepas dengan menewaskan tiga pasukan rumah lain iaitu Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Merah.


Bersedia untuk Perbarisan Rumah Sukan..

Ketibaan VIP, Lintas Hormat, Bacaan Doa & Ikrar Sukan..

Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Muhajir b Hj Abas (Penyelia Sukan PPD Hilir Perak) kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SKDLRM pada kali ini.

Acara sukan..Pra sekolah & Kelas Khas..

Acara Sukan.. Tahun 1 hingga Tahun 6..


Persembahan murid..

Acara Tarik Tali Akhir antara pasukan Rumah Hijau dan pasukan Rumah Biru.. (Johan disandang oleh pasukan Rumah Biru) Tahniah..!

Acara bapa/belia (Tarik tali)
Acara ibu/beliawanis (Lontar bulu tangkis)
Acara guru(Lontar bola pingpong)



Penyampaian hadiah..


Tahniah kepada semua para pemenang...

Penutupan Sukan Tahunan..

Sorakan 'Hip-hip Horey' sebanyak 3x diketuai oleh En Zulkifli selaku setiausaha Sukan Tahunan 2010.. Majlis bersurai..

Olahragawan & Olahragawati sekolah, Ketua pasukan Rumah Hijau & Jamuan VIP..


Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama bertungkus-lumus menjayakan Sukan Tahunan 2010 ini. Majulah Sukan Untuk Negara.
 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan