Jumaat, 23 Oktober 2009

Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK)

Pada hari Rabu 21 Oktober 2009, AADK Daerah Hilir Perak telah dijemput untuk mengadakan ceramah mengenai Antidadah di SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota sempena program selepas UPSR. Ceramah bermula jam 10.30 pagi telah disampaikan oleh Pegawai AADK Daerah Hilir Perak. Ceramah yang disampaikan bukan sahaja mengenai akibat penyalahgunaan dadah malah turut diselitkan dengan isu-isu semasa mengenai pengedaran dadah menggunakan orang tengah.



Selain ceramah, pameran berkaitan dadah juga telah diadakan. Antara aktiviti yang dijalankan di "booth" AADK ialah penerangan mengenai jenis-jenis dadah dan akibat daripada penagihan dadah. Semua pelajar tahun 1 hingga tahun 6 berpeluang melihat sendiri gambar-gambar sebenar kesan penagihan dadah serta mengenali bentuk dan jenis dadah berpandukan contoh-contoh dadah tiruan yang dipamerkan. Poster yang dipamerkan sekaligus memberi peringatan secara tidak langsung mengenai bahaya dadah.



Diharapkan ceramah yang disampaikan akan memberi impak yang positif, bermanfaat, menjadi pegangan kepada pelajar agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah seterusnya mencapai matlamat Sekolah Bebas Dadah.

Ahad, 18 Oktober 2009

Bacaan Yasin & Gotong-royong Surau

Pada hari Khamis (15 Oktober 2009), pihak sekolah telah mengadakan majlis bacaan Yasin sempena keberangkatan bakal jemaah haji ke Tanah Suci Mekah iaitu En. Anuar b. Ri dan isteri, ayah bonda En. Mohd Fahmi serta ayah bonda Pn. Nor Harleli. Bacaan Yasin tersebut telah diketuai oleh Ustaz Mohd Najib dan dihadiri sebilangan guru-guru SKDLRM serta semua murid tahun enam yang beragama Islam. Seluruh warga sekolah mendoakan kesejahteraan kepada mereka bakal jemaah agar dapat mengerjakan ibadah dengan penuh ketaqwaan dan semoga beroleh haji yang Mabrur.





Pada hari yang sama, aktiviti gotong-royong membersih dan mengosongkan surau telah dijalankan oleh sekumpulan guru-guru SKDLRM dan dibantu oleh murid-murid tahun 6. Gotong-royong tersebut sebagai persediaan projek menaiktaraf dan pemasangan tile yang akan bermula pada hari Jumaat. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.






Ahad, 11 Oktober 2009

Kursus ICT Dalam P&P

Jawatankuasa Pelaksana Ladap Peringkat sekolah dengan jayanya telah mengadakan Kursus ICT Dalam P&P pada tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu), jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang dan bertempat di makmal ICT SK Dalarama. Bacaan doa telah disampaikan oleh Ust. Azhar. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada En. Rozlisham selaku guru muda yang berpengetahuan luas di bidang ICT sebagai penyampai slot jemputan kursus ladap pada kali ini. Terima kasih juga kepada Pn. Raja Noor Mala atas bantuan dan kerjasama yang diberikan. Semoga segala ilmu yang dikongsikan bersama akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses P&P.


Sebahagian guru-guru yang sedang mengikuti kursus...





Penyampaian cenderamata disampaikan oleh En. Sazali kepada En. Rozlisham dan Pn. Raja Normala....


Menu yang disajikan sungguh menyelerakan...



Para peserta sedang menikmati hidangan makan tengah hari..

 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan