Selasa, 25 Ogos 2009

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat 2009

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma (kakitangan SK Dalarama yang beragama Islam) di atas sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat. Majlis tersebut telah dilaksanakan pada tarikh 19 Ogos 2009 (Rabu), jam 7.30 malam dan bertempat di Dewan SK Dato' Laksamana Raja Mahkota.
Semoga sumbangan ikhlas tuan dan puan mendapat ganjaran dan keredhaan dari Allah SWT. Dikesempatan ini pihak sekolah juga mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK..

Sabtu, 22 Ogos 2009

Tawaran Ramadhan


Jumaat, 21 Ogos 2009

MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK DALARAMA 2009

SK Dato' Laksamana Raja Mahkota telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah pada 21 Ogos 2009...Pelbagai acara dipertandingkan sepanjang bulan kemerdekaan dan kemuncaknya ialah pada hari ini iaitu majlis persembahan dan penyampaian hadiah bagi yang berjaya. Berikut merupakan sisipan kenangan sepanjang majlis tersebut...
















Pakaian Tradisional Malaysia...

Doa Malam Terakhir Bulan Sya'ban dan Malam Pertama Bulan Ramadhan

Dengan Nama AllahYang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganyaYa Allah, sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan dari petunjuk dan pembeda. Bulan Ramadhan telah datang , maka selamatkan kami di dalamnya, alirkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang dari semua yang tidak Engkau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan kejelekan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku karena perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.Tuhanku, Kau sadarkan aku, tapi aku belum juga sadar. Kau halau daku dari larangan-Mu, tapi aku belum juga terhalau, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku saat amalku dihisab. Besar sudah dosa hamba-Mu ini, maka ampuni daku dengan ampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.
Ya Allah, aku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, yang lemah dan butuh pada rahmat-Mu. Sementara Engkau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkahan kepada semua hamba-Mu, Engkau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Engkau menghitung semua amal mereka, Engkau yang membagikan rizki mereka. Engkau ciptakan mereka berbeda-beda dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan mampu menolak takdir-Mu. Kami semua butuh pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan aku tergolong pada hamba-Mu yang shaleh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.
Ya Allah, hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah, semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riya’ atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Engkau ridhai.Karena itu, aku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, pemenuhan perintah-Mu, ridha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, kedamaian dan taubat yang sebenarnya; aku memohon semua itu kepada-Mu ya Rabbal ‘alamin.
TuhankuEngkau dimaksiati karena santun-Mu,Engkau ditaati karena kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Engkau tidak pernah dimaksiati olehku dan oleh seluruh penghuni bumiMaka jadilah Engkau bagi kami Yang Maha Dermawan dengan segala karunia-Mu, Yang Maha Peduli dengan segala kebaikan-Mu.
Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihiSemoga shalawat senantiasa tercurahkan kepada Muhammad dan keluarganya, shalawat yang abadi yang tak terhitung jumlahnya dan tak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.

Isnin, 17 Ogos 2009

Program Ihya' Ramadhan DALARAMA 2009



Pada Jumaat yang lepas (14 Ogos 2009) satu forum berkaitan Ihya' Ramadhan telah di anjurkan oleh Panatia Pendidikan Islam. Forum yang menyajikan maklumat dan informasi berkaitan dengan Ramdhan yang bakal tiba di Pengerusikan oleh Ustaz Mohd Najib dan ahli panel Ustaz Hussain dan Ustazah Roslina.


Berikut dipaparkan gambar aktiviti yang berlaku pada hari tersebut...

MAJLIS PENUTUP BULAN MEMBACA DALARAMA 2009

Bulan membaca SK DALARAMA 2009 melabuhkan tirainya dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan
Berikut antara sisipan memori upacara tersebut untuk kenangan semua. Terima kasih kepada semua yang terlibat...


Ahad, 16 Ogos 2009

Wajib Baca-Maklumat Terkini H1N1

10 soalan lazim tentang H1N1 - oleh Dr David KL Quek (Presiden MMA) - Ogos 2009
Diterjemahkan ke dalam BM oleh : Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin untuk
http://www.drazwan.blogspot.com/
Artikel asal di dalam bahasa Inggeris di sini:-

Sabtu, 15 Ogos 2009

Makna Ejaan Pada Nama

Cuba eja nama anda. Kemudian lihat siapa anda jika mengikut firasat di bawah ini:

A – anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
B – anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C – anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D – anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E – anda sentiasa seorang yang exited (ghairah).
F – semua orang menyayangi anda.
G – anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H – anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.
I – anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.
J – anda seorang yang cemburu.
K – anda suka mencuba perkara-perkara baru.
L – anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.
N – anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O – anda seorang yang berfikiran terbuka.
P – anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q – anda seorang hipokrit.
R – anda seorang yang gemar social.
S – anda sangat broad-minded (fikiran terbuka).
T – anda ada sikap canggih, amat canggih.
U – anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
V – fizikal anda baik sekali.
W – anda suka menyendiri.
X – anda tak akan benarkan orang bagitahu apa yang patut anda buat.
Y – anda selalu penyebab pada banyak masalah.
Z – anda selalu bergaduh dengan seseorang.

Contoh:-
I – anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.
A – anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.

Tak semestinya betul, harus salah. Sekadar suka-suka dan mungkin panduan untuk mengenali diri sendiri dan juga orang lain. Ikut pemerhatian saya selalunya ada kena mengena dan betul. Jika betul itu kebetulan, jika salah itu juga kebetulan. Yang betul dan baik rangsang terus, yang salah dan tak baik gantikan dengan yang baik atau hapus terus.
- Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj -

Wallahu a’lam

Jumaat, 14 Ogos 2009

Ramadan Yang Dinanti-Nantikan

Marilah kita ucapkan " Ahlan wa sahlan Ya Ramadan ". Selamat datang wahai Ramadan, bulan yang penuh dengan kerahmatan, keampunan dan keberkatan.

Rasulullah dan para sahabat menunggu-nunggu kehadiran bulan Ramadan. Demikian juga dengan Salaf al-Saleh. Mereka amat merindui Ramadan bahkan mereka menanti -nanti kedatangan Ramadan sejak dari bulan Safar lagi. Jika Ramadan bukan bulan yang istimewa, sudah tentu mereka tidak akan menanti-nanti kedatangannya.

Terlalu banyak tawaran yang ditawarkan oleh Allah dalam bulan Ramadan. Pahala berganda dan keampunan Allah terbuka luas. Ubadah bin Samit r.a meriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Ramadan hampir tiba Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:-

" Telah datang kepadamu bulan Ramadan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu "

Inilah tawaran yang cukup hebat disebabkan bulan Ramadan yang mulia ini. Bulan yang membawa sejuta rahmat, keampunan dan mudahnya doa dimakbulkan serta berbagai-bagai lagi tawaran Allah sempena Ramadan. Justeru, sekiranya manusia tahu akan kelebihan bulan Ramadan ini, sudah tentulah mereka mengharapkan sepanjang tahun adalah Ramadan.

Inilah bulan untuk mengaut keuntungan pahala yang berlipat ganda, sebagai bekalan di akhirat nanti, bulan untuk meningkatkan lagi amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Amat malang jika kedatangan bulan Ramadan tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya atau dipersia-siakan.

Oleh itu, jauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. Jagalah penglihatan, pendengaran dan peliharah lidah daripada melakukan perkara-perkara keji dan haram. Perbaikilah akhlak dan tingkah laku di bulan puasa. Hormatilah bulan Ramadan seperti kita menghormati tetamu yang mulia. Jangan cemarkan kesucian bulan Ramadan seperti tidak berpuasa atau makan dikhalayak ramai.

Sempena dengan kedatangan Ramadan pada tahun ini, marilah kita merebut peluang keemasan ini dengan menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai ibadat kerana ganjaran dan upahnya amat besar. Kalaulah kita diumpamakan sebagai seorang pekerja dan ditawarkan dengan upahnya yang lumayan, sudah tentu pekerja itu tidak melepaskan peluang yang ada. Dia pasti akan bekerja bersungguh-sungguh. Oleh itu, jadilah pekerja yang beruntung.

Akhir kata, mudah-mudahan Allah menyirami hati kita dengan nur hidayah sehingga menjadikan hati-hati kita amat merindui dan mencintai Ramadan. Jika belum terdetik sedikitpun perasaan itu di dalam hati kita, maka mohonlah kepada Allah dengan keberkatan Ramadan supaya Allah pancarkan nur hidayahNya untuk mencintai Ramadan.....

Sabtu, 8 Ogos 2009

Kipas Surau Sekolah


Pihak pentadbir sekolah dengan sukacita mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma yang sudi menghulurkan sumbangan bagi pembelian kipas surau sekolah. Bagi pihak guru-guru penolong kanan, Tn Hj Abdul Kadir bin A'ala(GPK1) mengucapkan jazakallahu khairon khathiro khususnya kepada guru-guru SK Dalarama yang beragama Islam di atas sumbangan tersebut. Semoga sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Khamis, 6 Ogos 2009

SOALAN PERCUBAAN UPSR DARI NEGERI-NEGERI

SalamX...
Sy ada menyediakan soalan percubaan yang ada pada sekolah kami yang kami dapat dari kawan-kawan serata negeri lain. Buat Masa ini yang di bawah ini ada dl. Harap dapat membantu kawan-kawan dari daerah dan negeri lain

Negeri JOHOR

Bahasa Melayu Pemahaman

Bahasa Melayu Penulisan
Matematik Kertas 1
Matematik Kertas 2
Bahasa Inggeris Kertas 1
Bahasa Inggeris Kertas 2
Sains

Isnin, 3 Ogos 2009

Nilai Kasih Ibu

seorang anak mendapatkan ibunya yg sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yg tertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yg dihulurkan oleh si anak lalu membacanye.

Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai : Rm4.00
Tolong jaga adik : Rm4.00
Tolong buang sampah : Rm1.00
Tolong kemas rumah : Rm2.00
Tolong siram bunga : Rm3.00
Tolong sapu sampah : Rm3.00
JUMLAH : RM17.00

selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yg sama.

Kos mengandungkanmu selama 9bulan -percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu -percuma
Kos air mata yg menitis keranamu -percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -percuma
Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu -percuma
JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU -percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yg ditulis oleh si ibu. si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, 'saya sayangkan ibu'. Kemudian si anak mengambilpen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada muka surat yg ditulisnya..Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasullullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasullullah, siapakah yg paling berhak mendapat layanan baik dariku ?" Rasulullah menjawab, "Ibumu(dan diulang sebanyak 3kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara maramu yg terdekat....RENUNG_RENUNGKANLAH ......... .

Sabtu, 1 Ogos 2009

Unit Bimbingan & Kaunseling

Pada 30 Julai 2009 (Khamis), jam 11.30 pagi, Unit Bimbingan & Kaunseling SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota telah menerima kunjungan Lawatan Sambil Belajar, Kumpulan KDP 14 Minggu Ambilan Julai 2009 dan KPLI 3 Institut Perguruan Malaysia, Kampus Ipoh. Bilangan peserta adalah seramai 34 orang dengan diiringi oleh 4 orang pensyarah kolej tersebut. Hampir keseluruhan peserta berasal dari Sarawak manakala 6 orang peserta berasal dari Semenanjung Malaysia. Kehadiran mereka telah disambut baik oleh Tuan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Jawatankuasa Unit Bimbingan & Kaunseling serta guru-guru SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota.


~ Pn. Norfisah bt Mohd Nasir selaku Setiausaha Jawatankuasa Unit Bimbingan & Kaunseling sedang mempengerusikan majlis.


~ Ucapan alu-aluan di atas kehadiran para tetamu telah disampaikan oleh Tn Hj Abdul Rashid b Wook Ghazali PPN,PPT (GB Skdlrm)


~ Suasana lawatan di Unit Bimbingan & Kaunseling SK Dato' Laksamana Raja Mahkota.


~ Sebahagian daripada jawatankuasa penyambut tetamu yang sentiasa mempamerkan senyuman yang ceria..


Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan..
 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan