Jumaat, 26 Jun 2009

Rombongan PRA SK DALARAMA ke Muzium dan ZOO Taiping

Pada 25/6/2009 Pra SK Dalarama telah mengadakan lawatan ke Muzium dan Zoo Taiping. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Pengalaman berinteraksi dan melihat tinggalan sejarah dan haiwan secara dekat seharusnya dapat memberi satu pengajaran dan pengetahuan yang hebat kepada pelajar-pelajar pra sekolah.













Khamis, 25 Jun 2009

Lagu Sekolah

Rabu, 24 Jun 2009

AKTIVITI Sekolah

PSS,Julai Bulan Membaca


Bulan membaca SK Dato' Laksamana Raja Mahkota datang lagi. Pelbagai aktiviti menarik menanti semua warga sekolah, terutamanya pelajar. Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi Pn. Rasidah iaitu guru sumber sekolah. Nantikan maklumat seterusnya...

Isnin, 15 Jun 2009

Hari Pemuafakatan DALARAMA 2009

Pihak Sekolah dengan segala hormatnya menjemput semua ibu bapa tahun enam untuk hadir ke sekolah seperti maklumat di atas untuk menjayakan aktiviti tersebut.

Ahad, 14 Jun 2009

Sambutan Hari Guru DALARAMA 2009


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009 telah berlansung pada 18 Mei 2009. Sambutan dimulakan dengan bacaan perutusan, diikuti dengan penyampaian hadiah daripada Kelab Guru serta PIBG sekolah

Gambar di atas merupakan penerima hadiah hari guru yang pertama iaitu Guru Besar Tn. Hj. Abdul Rashid bin Hj. Wook Ghazali PPN. PPT daripada Yang di-pertua PIBG Sekolah

Apa yang menarik pada hari guru tahun ini, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran juga memberi hadiah kepada semua guru.

Semua guru sedang beratur untuk menerima hadiah daripada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran dengan wajah yang gembira ...
 

Hak cipta terpelihara sh@m,2009 | SK Dato' Laksamana Raja Mahkota,Teluk Intan